Blogroll

Thursday, April 10, 2014

Perodua lancar model baru Myvi XT

Perodua Myvi 1.4 2014 New Colour Lagi spyshot Perodua Myvi XT 2014 
  dua warna baru yang menawan hijau dan merah jambu!

Update : Untuk melihat salinan ‘brochure’ Perodua Myvi XT, sila klik ‘link’ berikut - ‘Brochure’ Perodua Myvi XT muncul di internet!

Sahabat penulis Ken telah mengirimkan gambar ‘spyshot’ terkini Perodua Myvi XT 2014 terbaru yang kini tampil dalam warna hijau terang dan merah jambu yang menawan. Berdasarkan maklumat yang dimaklumkan kepada penulis, Myvi XT 2014 bakal menggantikan varian Myvi 1.3 Standard (Myvi 1.3L SX dan Myvi 1.3L EZ), dengan harganya akan ditetapkan bermula dari sekitar RM42K.

Seperti mana yang dapat dilihat, Perodua Myvi XT 2014 terbaru telah menerima peningkatan dari segi warna baru yang lebih menyerlah, serta turut didatangkan dengan rim aloi (seperti pernah ku jumpa dulu..hehe) bagi menggantikan penutup rim terdahulu jenis plastik. Penambahan lain ialah bahagian sistem audionya kini telah dipasangkan ‘port usb’ dan sambungan Bluetooth untuk lebih kemudahan. Cuma apa yang kurang ialah model tersebut masih kekal tanpa ‘spoiler’ belakang.

Perodua Myvi XT 2014 terbaru dijangka akan dilancarkan pada 10 April ini, bersama-sama Myvi Extreme 1.5 2014 terbaru. Berkenaan Myvi Extreme 1.5 2014 terbaru, penulis agak kecewa kerana telah diberitahu bahawa model tersebut bukanlah model ‘facelift’, sebaliknya hanya mengalami peningkatan dalaman melibatkan ‘cover’ kusyen kulit rekaan terbaru, serta hadir bersama-sama ‘tinted’ filem keselamatan dan ‘coil mat’.

p/s : Jika anda beminat untuk memiliki sebuah Myvi XT terbaru, anda boleh hubungi sahabat penulis Ken dengan melayari laman blog beliau di sini – Perodua Promotion.


Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan 1,600 unit bagi varian terbaru Myvi XT yang direka khas bagi golongan Gen Y dan Z selepas dijual bermula RM41,936.45.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta terbaru itu disasarkan kepada penuntut dan lepasan universiti yang mahukan kenderaan lebih luas dan berprestasi, selain harga kompetitif.


"Pada masa sama, kita juga memperkenalkan skim graduan iaitu 'What's Up!' sekali gus menjadi pakej terbaik kepada golongan muda yang mahu memiliki Myvi.

"Model terbaru ini ditambah dengan aksesori bernilai RM1,600, tetapi harga jualan masih lagi sama dan tidak berubah," kata selepas pelancaran Perodua Myvi XTdi sini, sebentar tadi.


Skim itu ditawarkan kepada penuntut universiti dan graduan selepas setahun menamatkan pengajian, di mana mereka berpeluang memiliki baucer RM500 Perodua, kad petrol bernilai RM500 dan polisi kemalangan berjumlah RM20,000 untuk setahun.

0 comments:

Post a Comment