Seremban: Seorang pembantu rumah pegawai kanan kerajaan di negeri ini
melarikan diri bersama kekasih hatinya yang juga seorang pengkid untuk
bekerja di sebuah pusat perjudian di Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, tindakan wanita Indonesia berusia 26 tahun itu membawa padah apabila ditahan di pusat perjudian berkenaan, jam 2 pagi, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata, wanita terbabit pada mulanya meminta izin majikannya untuk bercuti Jumaat lalu kononnya mahu membeli barangan persiapan Aidilfitri dan sepatutnya pulang ke rumah majikannya di Kajang, Selangor, kelmarin. “Bagaimanapun, dia yang baru enam bulan bekerja tidak pulang manakala cubaan menghubunginya tidak berhasil apabila ‘kekasihnya’ menjawab panggilan telefon dan memberi alasan wanita itu tidak sihat serta mabuk.
“Majikan berkenaan tidak percaya dan mengesyaki pembantu rumah itu
mahu lari kerana pernah menemui gambarnya bercium pasangan sejenis itu
selain SMS cinta mereka ketika memeriksa telefon bimbit wanita
terbabit,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, berikutan itu, pegawai kanan terbabit berusia 30-an membuat laporan sebelum Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menghantar Unit Risikan mengesan serta menyiasat kes itu. “Kami berjaya menjejaki pembantu rumah itu bersama kekasihnya dipercayai bekerja sebagai penjaga kaunter di pusat perjudian berkenaan.
“Turut ditahan dua lagi wanita Indonesia termasuk ‘kekasih’ pembantu rumah terbabit berusia 24 dan 27 tahun kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas,” katanya. Beliau berkata, siasatan mendapati pembantu rumah itu mengikut kekasihnya dengan rela dan kes disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah.
Bagaimanapun, tindakan wanita Indonesia berusia 26 tahun itu membawa padah apabila ditahan di pusat perjudian berkenaan, jam 2 pagi, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman berkata, wanita terbabit pada mulanya meminta izin majikannya untuk bercuti Jumaat lalu kononnya mahu membeli barangan persiapan Aidilfitri dan sepatutnya pulang ke rumah majikannya di Kajang, Selangor, kelmarin. “Bagaimanapun, dia yang baru enam bulan bekerja tidak pulang manakala cubaan menghubunginya tidak berhasil apabila ‘kekasihnya’ menjawab panggilan telefon dan memberi alasan wanita itu tidak sihat serta mabuk.
Menurutnya, berikutan itu, pegawai kanan terbabit berusia 30-an membuat laporan sebelum Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menghantar Unit Risikan mengesan serta menyiasat kes itu. “Kami berjaya menjejaki pembantu rumah itu bersama kekasihnya dipercayai bekerja sebagai penjaga kaunter di pusat perjudian berkenaan.
“Turut ditahan dua lagi wanita Indonesia termasuk ‘kekasih’ pembantu rumah terbabit berusia 24 dan 27 tahun kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas,” katanya. Beliau berkata, siasatan mendapati pembantu rumah itu mengikut kekasihnya dengan rela dan kes disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah.
0 comments:
Post a Comment