Pemberian duit raya buat peneroka Felda 2013 telah diumumkan Perdana Menteri Malaysia. Najib Razak telah mengumumkan berita gembira tersebut dan pembayaran akan diberikan sebelum menjelang Aidilfitri tahun ini. Wang raya Aidilfitri berjumlah RM32.3 juta akan diagihkan kepada seluruh warga peneroka Felda dan akan memberi manfaat kepada kesemua 112,396 peneroka Felda di seluruh negara.
Kenyataan Penting Duit Raya 2013 Peneroka Felda
Setiap peneroka yang bersama dengan Felda akan menerima RM300 setiap seorang manakala mereka yang tidak bersama Felda masing-masing akan menerima RM150.
Duit raya ini kurang sedikit sebab harga sawit sudah turun. Menurut PM lagi, RM300 itu kira munasabah memandangkan peneroka sudah mendapat bonus sebelum ini dan mereka yang tidak bersama Felda kita beri juga tetapi separuh iaitu RM150.
Sumber: Duit Raya Peneroka Felda 2013 Diumumkan Perdana Menteri | melvister.com
0 comments:
Post a Comment