Blogroll

Monday, July 22, 2013

Tiga gagal seludup rokok putih RM1.8j

Pelabuhan Klang: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor mematahkan usaha menyeludup rokok putih bernilai lebih RM1.8 juta ketika cuba melepasi Zon Bebas Pelabuhan Barat, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, tiga suspek berusia 20 hingga 30-an ditahan selepas sepasukan anggota penguat kuasa KDRM melakukan pemantauan terhadap sebuah treler yang mengikrarkan barangan dibawa sebagai pengikraran kenderaan.

Pengarah KDRM Selangor Badaruddin Mohamed Rafik berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati muatan lori itu mengandungi 420 kotak rokok putih berjenama Luffman yang lengkap dengan tanda amaran di setiap kotak rokok itu.
“Pada mulanya kami mendapati borang kastam 1 untuk melepasi pintu pelabuhan diikrarkan sebagai ‘Tobacco Refuse-stem’ bagaimanapun berdasarkan Sistem Maklumat Kastam (SMK), dagangan sebenar yang digunakan ialah pengikraran kenderaan.

“Melalui pembongkaran ini, borang kastam yang digunakan sudah dipalsukan suspek dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment