Blogroll

Monday, July 22, 2013

Facebook Alvin Dan Vivian Ditutup Hina Bulan Ramadhan Sumber: Facebook Alvin Dan Vivian Ditutup Hina Bulan Ramadhan

Akaun Facebook Alvin dan Vivian telah ditutup kerana hina bulan Ramadhan. Terbaru, pasangan ini telah menyebarkan gambar berbuka puasa dengan Bak Kut Teh yang menimbulkan kemarahan umat islam di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Bak Kut Teh adalah makanan yang berasal dari China berasaskan sup herba dan khinzir sebagai salah satu ramuan dalam menu tersebut. Tindakan pasangan ini yang mencetuskan sensitiviti dan menghina agama telah mendapatkan pelbagai reaksi umat Islam di Malaysia. Pihak Facebook telah menutup akaun mereka setelah menerima terlalu banyak laporan negatif seperti penghinaan agama dan sebagainya.
alvin dan vivian
Setelah facebook mereka ditutup, kata cacian turut dilemparkan oleh pasangan ini kepada umat islam. Pada masa yang sama, Pihak SKMM akan cuba menjejak pasangan ini dan mengambil tindakan terhadap mereka kerana persendakan bulan Ramadhan.
alvin-vivian


Sumber: Facebook Alvin Dan Vivian Ditutup Hina Bulan Ramadhan | melvister.com

0 comments:

Post a Comment