Blogroll

Monday, July 22, 2013

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)






Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.

"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa. Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, hari ini.

"Melalui transformasi nasional, kejayaan demi kejayaan telah dinikmati oleh semua golongan rakyat di negara ini. Ia jelas menunjukkan bahawa hanya kerajaan BN boleh mentadbir negara ini secara sistematik dan teratur," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Informasi Malaysia, Datuk Abd. Rahman Manan berkata, KDR1M akan dilancarkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat selepas memperincikan pelaksanaan dan kriteria pemberian kad itu.

"Kami sudah mereka kad diskaun itu dan akan kemukakan kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan persetujuan," katanya. - BERNAMA

DAFTAR ONLINE:

Di antara bentuk keperluan adalah seperti berikut:
(a) Perkhidmatan Perubatan Klinik (b) Restoran Makanan & Minuman (c)  Hotel Penginapan (d) Arena Sukan & Kecergasan  (e) Pemborong & Runcit (f) Taman Tema Tertutup & Luar  (g) Pembinaan & Hiasan Dalaman (h) Resort Peranginan (i) Pakaian & Accesori Kenderaan (j) Perlindungan Insuran Am dan lain-lain seperti yang tetera dalam laman web ini
Kami juga menyediakan khidmat Touch n Go bagi kegunaan pemegang Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M), khidmat Touch n Go kami meliputi bersama kemudahan kad debit yang boleh digunakan in stesen LRT, Rapid KL, Stesen Minyak, Panggung Wayang and lain-lain seperti yang diketagorikan. 
Prosedur Penggunaan  
INFORMASI MALAYSIA telah membekalkan pelekat khas untuk paparan umum sebagai tanda pelantikan serta tawaran menerima KDR1M di premis berkenaan. Tawaran diskaun tertakluk kepada terma and syarat1 konsessi syarikat tersebut. Pemegang kad hanya perlu menunjukkan kad diskaun KDR1M sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pemegang kad diskaun KDR1M mendapat keraguan terhadap syarat diskaun, sila hubungi hotline kami di 03-88811145 untuk penjelasan muktamad.




Borang pendaftaran KDR1M Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia secara online. Permohonan KDR1M adalah program diskaun dan kesetiaan bagi kegunaan semua lapisan masyarakat. Pemegang kad khususnya, rakyat Malaysia boleh memperolehi segala manfaat dengan mendapatkan diskaun bukan sahaja di tempat-tempat utama malah seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

kdr1mkdr1m

Cara Daftar Borang KDR1M

1. Sila muat turun atau klik Borang Pendaftaran Keahlian KDR1M (format PDF). Borang tersebut perlu dicetak (print) dan ke semua maklumat wajib diisi dengan lengkap serta di tandatangan oleh pemohon.
2. Yuran pendaftaran termasuk bayaran POSLAJU perlu dijelaskan ke akaun bank seperti dibawah:

AKAUN : BULETIN INFORMASI MALAYSIA
BANK : MAYBANK
NO AKAUN : 5124 6451 7603

Tarif bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian termasuk POSLAJU adalah seperti dibawah:

SEMENANJUNG MALAYSIA : RM 35.00

SABAH & SARAWAK : RM 60.00

3. Pemohon perlu menghantar Borang Pendaftaran Keahlian KDR1M (yang telah di isi lengkap serta tandatangan pemohon) & slip butiran pembayaran bank dalam bentuk surat POS ke alamat seperti berikut :

BULETIN INFORMASI MALAYSIA
10-1, JALAN AWAN MAKMUR 1, TAMAN OUG SQUARE,
OFF JALAN KELANG LAMA 58200 KUALA LUMPUR.

4. Borang permohonan yang dihantar akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan KDR1M kami di talian 03-77857839 atau 03-77724711. Waktu urusan Khidmat Pelangan KDR1M adalah di antara pukul 9.30 pagi sehingga 6.30 petang (Isnin – Jumaat).
Maklumat Lanjut

Sila layari laman sesawang Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia di http://www.informasimalaysia.com.my

0 comments:

Post a Comment