Internet di Malaysia akan laju selepas naik taraf pada oktober 2013. Ini merupakan berita gembira buat semua pengguna internet khususnya kerana keperluan internet yang laju sangat memudahkan orang ramai. Mengikut statistik, pengguna internet di negara ini semakin meningkat dari setiap tahun kerana kemudahan tersebut memudahkan orang ramai untuk menjalani aktiviti harian.
Kenyataan Akhbar Internet Malaysia Di Naik Taraf
Pengguna Malaysia bakal menikmati kelajuan internet pada tahap lebih tinggi apabila kapasiti jalur lebar negara dinaiktaraf. Menurut Pengerusi The Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin, usaha penambahbaikan tersebut merupakan peningkatan 300 peratus dengan kapasiti sedia ada.
Ketika ini, MyIX dalam proses menaiktaraf kapasiti jalur lebar dari 10 Gbps kepada 40 Gbps dan usaha ini bakal siap sepenuhnya menjelang Oktober. Ia bagi menampung keperluan penggunaan internet yang semakin berkembang.
0 comments:
Post a Comment