Blogroll

Monday, July 22, 2013

Semakan Arah Kiblat 16 Julai 2013 Di Malaysia Sumber: Cara Semak Arah Kiblat 16 Julai 2013 Di Malaysia

Semakan arah kiblat terkini pada 16 Julai 2013 di Malaysia. Berikut adalah cara semak arah kiblat setelah berlaku fenomena Istiwa A’zam. Istiwa A’zam adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit Kaabah. Fenomena ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dan kejadian pertama berlaku pada Mei lalu manakala kedua pada 16 Julai 2013 pukul 5.28 petang waktu Malaysia. Untuk menentukan arah kiblat, bayang-bayang objek yang menerima cahaya Matahari ketika Istiwa A’zam boleh menjadi panduan arah kiblat.

cara semak kiblat
Tarikh dan Masa Istiwa A’zam
Matahari Istiwa di atas Kaabah akan berlaku pada:
  •   16 Julai jam 5.28 petang waktu Malaysia
Penjelasan Sebenar Fenomena Istiwa A’zam
Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.
Cara Semak Arah Kiblat 16 Julai 2013
1. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.
2. Seperti contoh dibawah,  ba yang tiang dan sisi tingkap menunjuk ke arah Kiblat(Kaabah)
251135_188693134514602_8219653_n

0 comments:

Post a Comment