Blogroll

Monday, July 22, 2013

Luahan Noor Dayana Kecewa Ashraf Muslim Kahwin Lagi Sumber: Luahan Noor Dayana Kecewa Ashraf Muslim Kahwin Lagi

Berikut adalah luahan Noor Dayana isteri pertama kecewa Ashraf Muslim kahwin lagi. Umum sudah ketahui bahawa Ashraf Muslim sudah pun bernikah di Thailand bersama dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah pada awal bulan Julai 2013. Apa yang menyedihkan, perkahwinan tersebut dirahsiakan tanpa pengetahuan isteri pertama. Ikuti luahan Dayana yang kecewa dengan sikap Ashraf Muslim dilaman sosial beliau.


noor dayana

Luahan Noor Dayana Kepada Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan.

Update: Puisi diatas telah dikongsikan oleh Noor Dayana isteri pertama Ashraf Muslim dilaman sosial. Untuk info, puisi tersebut bukan original nukilan Noor Dayana tapi dikongsikan oleh Dayana kerana puisi tersebut ada kena mengena dengan masalah yang menimpa Dayana pada ketika ini. Apapaun, semoga Dayana tabah untuk menghadapi dugaan seperti ini.


Gambar Perkahwinan Ashraf dan Noor Dayana

dayana

Gambar Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim

wan sakinah

0 comments:

Post a Comment