Kuala Lumpur: Semua 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370
dilindungi insurans maksimum AS$1 bilion (RM3.3 bilion) berdasarkan
kepada tiket penerbangan dibeli.
Bagaimanapun, penerimaan nilai insurans dinamakan ‘polisi pesawat
dan liabiliti’ kepada setiap orang bergantung kepada siasatan oleh
penilai insurans atau broker dilantik.
Menurut sumber insurans, tempoh masa pembayaran keseluruhan insurans
akan mengambil masa tertentu iaitu sehingga siasatan ke atas pesawat
terbabit selesai.
“Setiap penumpang dan kru kapal berhak menerima insurans terbabit yang akan diterima waris mereka.
“Dalam kes kehilangan pesawat MH370, jika didapati 239 orang sama
ada warga tempatan atau asing mati atau hidup, mereka atau waris mereka
akan mendapat bahagian insurans masing-masing, tertakluk kepada terma
dan syarat polisi,” katanya.
Beliau berkata, ada satu lagi insurans tidak wajib dibeli oleh penumpang
iaitu ‘MHinsure’ disediakan oleh Etiqa Insurance Berhad.
“Hampir semua syarikat penerbangan menyediakan skim insurans ini,
sungguhpun begitu, bukan semua penumpang membeli polisi berkenaan.
“Bagaimanapun, insurans ini hanya melindungi barang penumpang seperti beg dan lain-lain,” katanya.
Sumber industri itu berkata, syarikat insurans lain yang bergabung
di dalam polisi terbabit termasuk syarikat Allianz berpangkalan di
Jerman sebagai pemegang utama akan berkongsi membayar pampasan kepada
keluarga mangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment