Klang: Empat laporan polis dibuat berkaitan tindakan melampau seorang
pengguna laman sosial di akaun Facebooknya (FB) menghina Yang
di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri
Agong Tuanku Hajah Haminah oleh UMNO Bahagian Kota dan Gerakan Belia 4B,
semalam.
Tindakan mengubah suai gambar Yang Dipertuan Agong bersama Raja
Permaisuri Agong dan diletakkan keterangan gambar ‘Comelkan Gambar
Saytan Kedah bersama Isteri Tersayang’ dianggap sebagai keterlaluan dan
tidak menghormati institusi diraja.
Ahli Jawatankuasa (AJK)
Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja Mustakhim Mohamad Zainoor berkata,
laporan polis itu dibuat supaya tindakan diambil pihak berkuasa terhadap
pemilik FB terbabit serta menjadi pengajaran kepada masyarakat.
“Tindakan dilakukan pemilik FB terbabit sangat mengecewakan.
Menerusi laporan ini, kami harap polis mengambil tindakan, sekali
gus menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulanginya,”
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan,
di sini.
Mustakhim berkata, laman sosial sepatutnya digunakan untuk kebaikan dan bukan tempat menyebarkan perkara negatif.
Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Cawangan Kota Raja Muhammad Ali
Zakariah berkata, segelintir belia hari ini terpesong akibat terpengaruh
dengan penggunaan laman sosial.
“Penggunaan laman sosial yang
tidak dikawal menyebabkan remaja dan belia pada hari ini tidak mempunyai
rasa hormat terhadap institusi diraja,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment