Blogroll

Saturday, April 12, 2014

AC Mizal pertahan Jep

Baru-baru ini sewaktu kecoh umum bercerita mengenai Jep Sepah 2 memaki hamun peminat, kita lihat Datuk AC Mizal tampil mempertahankan rakan pelawak yang semakin popular itu.
AC dalam status laman sosial Twitter miliknya meminta peminat bertenang dan tidak terus-terusan memarahi Jep berkenaan isu terbabit, sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
Jelas AC, sekian lama mengenali Jep sehingga menganggap pelawak berasal dari Johor Bahru, Johor itu sebagai adik, dia sangat kenal sikap dan perangai-nya. Tidak mungkin Jep bersikap sedemikian dengan peminat.

Kita tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak, lagipun Jeb memberi penjelasan membabitkan perkara itu dan disiarkan Harian Metro.

Apabila menyentuh peminat dan artis kesayangan mereka, kita pernah juga melihat sendiri ada peminat mencebik bibir apabila pihak pengurusan artis diminati meminta dengan baik supaya penyanyi di bawah jagaannya tidak diganggu sewaktu dia makan.

Fikir logiklah, orang te-ngah mengadap makanan, takkan kita mahu ganggu. Namun, ada peminat yang tidak berakal langsung tidak kisah.

Sekali tengok, mereka seperti pentingkan diri kerana tanpa ada rasa belas kasihan terus memaksa artis kesayangan bergambar bersama.

Sedangkan penyanyi yang mereka mahu bergambar itu seharian tidak makan kerana sibuk membuat segala persiapan untuk menghiburkan peminatnya. Waktu makan itulah juga mereka mahu berehat seketika, melepaskan lelah dan mengisi perut kosong.

Itu belum lagi yang kita baca dalam laman sosial, apabila permintaan peminat yang tidak dilayani artis akan dikutuk dan dihina.

Memang benar artis milik peminat dan masyarakat, tapi dalam waktu sama kita juga harus ingat, mereka bukan hamba. Walaupun artis, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan. Fikir-fikirkanlah!

0 comments:

Post a Comment