MELAKA - Pihak polis menahan 20 wanita di dua hotel bajet di Jalan
Munshi Abdullah di sini malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam
aktiviti pelacuran.
Deputi Superitendan Kamal Khan Mohd Shariff daripada Cawangan
Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman berkata mereka terdiri daripada 11 warga Indonesia dan sembilan
rakyat tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun.
Beliau berkata turut ditahan tiga penjaga premis dan tiga pelanggan berumur sekitar 20-an hingga 30-an.
Operasi disertai empat pegawai dan 20 anggota dari Bukit Aman yang
turut dibantu anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah,
katanya kepada pemberita. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment