Ipoh: Seorang lelaki maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan
membabitkan tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 25 Jalan
Keramat Pulai-Cameron Highlands, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.55 petang, Mohd Zaid Abd Rahman, 58, dari Rumah
Murah Kos Rendah, Ajil, Terengganu, yang duduk di tempat duduk
penumpang sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat
kecederaan dalaman dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),
di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk
dikebumikan.
Sumber berkata, Mohd Zaid bersama isteri dan dua
anak perempuannya dari Ajil, Terengganu ke Lumut, sebelum Toyota Avanza
dipandu anak perempuannya berusia 20 tahun dipercayai hilang kawalan dan
berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh Toyota
Unser dinaiki empat beranak.
Katanya, Sebuah PERODUA Alza dipandu
seorang lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan ke Cameron
Highlands turut dirempuh Toyota Avanza itu.
“Pemandu Toyota Avanza tidak cedera, manakala isteri dan seorang anak Mohd Zaid, masing-masing berusia 56 dan 19 tahun, cedera.
“Selain itu, empat beranak menaiki Toyota Unser, masing-masing berusia
49, 42, 22, dan 15 tahun turut cedera selepas kenderaan itu masuk ke
dalam parit, manakala pemandu PERODUA Alza tidak cedera.
“Enam mangsa yang cedera dirawat di HRPB dan keadaan mereka stabil,” katanya.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat
Polis Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment