BENTONG - Tiga maut termasuk sepasang suami isteri, manakala 10 lagi
parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas lalu merempuh
tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut
tengah malam tadi.
Mereka yang maut ialah warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang
beralamat di kediaman siswa Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
dan isterinya Zarifah Alias, 26, berasal dari Kota Bharu serta Suhaisam
Che Abdulla, 33, dari Batang Kali, Selangor.
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi
Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan
Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah
Abdullah, 89.
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd
Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai
Mamalutfee.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Nor Mansor berkata,
mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah
siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital
Temerloh.
Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang
membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur
menghala Kota Bharu.
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain
menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya
kepada Bernama. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment