JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal merangkul gelaran
keempat tahun ini selepas kalah mengejut kepada pemain bukan pilihan,
Simon Santoso dari Indonesia pada perlawanan akhir Kejohanan Siri Super
Terbuka Singapura 2014 di Stadium Tertutup Singapura,hari ini.
Simon, yang mengejutkan pilihan kelima dari China, Du Pengyu pada
Sabtu, mengalahkan Chong Wei dengan mata 21-15 dan 21-10 dalam masa 48
minit dalam aksi yang turut disiarkan secara langsung oleh stesen
televisyen tempatan.
"Sudah lama tidak bertemu Chong Wei. Yang pasti, kemenangan ini
membuatkan prestasi saya kembali stabil untuk menghadapi kejohanan akan
datang," kata Simon selepas perlawanan itu.
Simon membawa pulang wang tunai US$22,500 (RM72,792) manakala Chong Wei
meraih US$11,400 (RM36,881) selaku naib juara.
Chong Wei sudah meraih tiga gelaran musim ini iaitu Terbuka Malaysia
pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menghantar wakil dalam acara
perseorangan wanita pada kejohanan itu yang menawarkan wang tunai
keseluruhan US$300,000 (RM966,932). -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment