COKLAT buatan tangan jenama Famles berperisa cili padi dihasilkan oleh
syarikat perusahaan kecil sederhana Kinabalu Handmade Chocolate adalah
antara produk unik yang dipamerkan di Pameran Perdagangan Halal
Antarabangsa Malaysia (Mihas 2014) yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Menurut pengurusnya, Noorziah Laugan Terki, syarikat itu mula menghasilkan coklat berperisa cili padi apabila seorang pelancong Hong Kong yang datang melawat kilangnya memberikan idea itu.
“Pada 2011, kami mula melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan coklat yang rasanya manis apabila dimakan tetapi rasa pedas itu akan muncul selepas coklat itu cair di dalam mulut.
“Sambutan bagi coklat perisa cili padi ini amat menggalakkan kerana permintaan dalam sebulan mampu mencecah 2,000 kotak walaupun ia hanya dipasarkan di Sabah dan Sarawak sahaja,” katanya ketika ditemui di Mihas 2014 di Kuala Lumpur.
Noorziah berkata, tumpuan utama syarikat itu kini adalah untuk memasarkan coklat itu di Semenanjung Malaysia.
“Kami juga sedang mengintai peluang untuk mengeksport coklat keluaran kami ke luar negara dan melalui pameran Mihas ini kami sudah mendapat beberapa negara yang berminat seperti Jepun, India dan Korea Selatan,” katanya.
Selain coklat perisa cili padi, Kinabalu Handmade Chocolate turut menghasilkan coklat perisa durian, mangga, teh dan sedang melakukan R&D bagi menghasilkan coklat berperisa lada hitam dalam masa terdekat.

0 comments:
Post a Comment