Oleh FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Program terbaharu Fear
Factor Malaysia terpaksa melakukan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan cabaran yang memerlukan peserta
memakan makanan pelik tidak dipertikaikan status halalnya.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata,
pihaknya telah menyenaraikan beberapa jenis makanan pelik terlebih
dahulu sebelum dirujuk kepada Jakim sebelum ia dijadikan cabaran untuk
peserta.
"Walaupun program Fear Factor di negara
luar memberikan cabaran ngeri dengan meminta peserta makan makanan yang
luar biasa, kita pula tidak boleh berbuat demikian.
"Dan sebagai langkah berjaga-jaga, pihak kami menjalinkan
kerjasama dengan Jakim untuk memastikan cabaran memakan makanan pelik
itu adalah halal," katanya.
Raqim ditemui pada majlis memperkenalkan 16 barisan
peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata di sini pada
Selasa.
Sebanyak 16 pasangan peserta telah
dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada
seorang selebriti dan peminat.
Kumpulan A
menampilkan Ungku Ismail dan Fify, Syed Ali dan Tatt, Norman Hakim dan
Zarina, Nas-T dan Kairul, Ryzal Jaafar dan Sam, Sari Yanti dan Anbia,
Dira Abu Zahar dan Azura serta Erin Malek dan Redha.
Kumpulan B pula terdiri daripada Izzue Islam dan Emri,
Shuib (Sepahtu) dan Zakaria, Bambang Soteto dan Faisal, Shah Iskandar
dan Kartini, Yana Samsudin dan Janice, Azura Zainal dan Rachel serta
Thanuja dan Joy.
"Pada setiap minggu, Kumpulan A
dan B akan menempuh cabaran dan proses penyingkiran turut dilakukan pada
setiap minggu.
"Ini bermakna para penonton hanya
dapat menyaksikan peserta Kumpulan A pada minggu pertama manakala
peserta daripada kumpulan B boleh ditonton pada minggu berikutnya
sehinggalah ke peringkat akhir," ujar Raqim lagi.
Pasangan
juara Fear Factor akan memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 manakala
pemenang bagi cabaran mingguan pula membawa pulang wang tunai RM10,000.
Fear Factor Malaysia akan mula bersiaran pada setiap
Sabtu, pukul 9 malam bermula 15 Februari ini menerusi saluran Astro Ria
(104).
Rakaman bagi cabaran ini di lakukan di
Cape Town, Afrika Selatan pada Oktober tahun lalu.
Sebelum ini rancangan serupa muncul dengan menampilkan para
artis sebagai pesertanya tanpa penglibatan peminat iaitu Fear Factor
Selebriti Malaysia
Kedua-dua siri ini dihoskan
oleh Aaron Aziz.
0 comments:
Post a Comment