GUAL TOK DEH - KELANTAN. Kesempitan hidup memaksa seorang ibu
menggoreng nasi hanya dengan garam untuk mereka sekeluarga makan
semata-mata mahu menjimatkan wang bagi perbelanjaan persekolahan tiga
anaknya di Kampung Gual Tok Deh Barat.
Bukan itu sahaja, kemiskinan menyebabkan dua anak perempuan dan suaminya tidak mendapat sebarang rawatan meskipun menghidap penyakit kronik.
Mesah Daud, 43, berkata, suaminya, Zainun Mamat, 44, disahkan menghidap penyakit paru-paru berair, manakala anaknya, Aida Suryana, 15, dan Aida Suryani, 14, ada ketumbuhan dalam perut dan batuk berdarah.
“Pihak sekolah membenarkan Suryani berehat di rumah selama dua bulan kerana bimbang anak saya dijangkiti penyakit tibi.
“Ketumbuhan itu juga menyebabkan pusat Suryana sentiasa berdarah, tulang belakangnya membongkok dan tidak mempunyai payudara di sebelah kiri,” katanya yang mempunyai tujuh anak.
Lebih malang, Mesah berkata, suaminya terpaksa bekerja sebagai pemandu lori walaupun disahkan menghidap penyakit kronik.
Memandangkan tahap kesihatan tidak mengizinkan katanya, ada ketika suaminya mendapat upah sebanyak RM300 sebulan.
“Disebabkan ini juga anak sulung dan anak kedua saya terpaksa berhenti sekolah selepas menduduki ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) beberapa tahun lalu.
“Kini, kami terpaksa menumpang di dapur rumah ibu kerana tidak mampu membayar sewa rumah,” katanya.
Bagi yang ingin membantu, sumbangan boleh disampaikan kepada Aida Suryana dan Mesah Daud menerusi akaun Bank Islam, 03-081-02-013177-4.

0 comments:
Post a Comment