KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditemui lemas di sebuah tasik berdekatan
Bulatan Batu Caves di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
Azizan Ismail berkata dua mayat pertama ditemui terapung oleh orang awam
sebelum dikeluarkan pada kira-kira 6.15 petang.
Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden itu pada
5.30 petang dan tiba 10 minit kemudian.
"Mayat ketiga ditemui pihak kami sendiri pada 8 malam," katanya ketika
dihubungi Bernama.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata
dokumen pengenalan diri yang ditemui pada ketiga-tiga mangsa menunjukkan
mereka berumur sekitar 30-an.
Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kejadian itu dan identiti
mangsa akan dimaklumkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah
Sentul esok.
Zakaria bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat sama ada mangsa
lemas itu mempunyai kaitan dengan operasi dadah yang dilakukan di
kawasan itu.
Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa yang
ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.
Semua mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment