SHAH ALAM - Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk
memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai
baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman
Instagram semalam.
Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan
hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah
tangga mereka.
Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan
teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati
ibunya.
“Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya
cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang
saya pada dia.
“Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk
berusaha memujuknya untuk kembali,” katanya dalam status pada gambar
yang disiarkan di laman instagram miliknya.
Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah
satu kesilapan dia mahupun Erra.
Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak
satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun dia tidak
bersedia untuk mendedahkan punca perceraian mereka.
Emran pada sebelum ini turut memuat naik beberapa keping gambarnya dan
Erra menerusi akaun miliknya iamkumbre untuk mengimbas semula saat-saat
indah perkenalan mereka.
Hashtag #prayformomandayah dan juga #prayforerrakumbre diwujudkan buat
peminat yang menyokong penyatuan semula pasangan ini.
Menurutnya lagi, dia turut berharap agar semua pihak serta peminat
turut mendoakan yang terbaik buat keluarganya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment