BERCHAM – Seorang pemuda maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh
sebuah kereta berhampiran simpang masuk ke Balai Polis Bercham, di sini,
kira-kira jam 5.12 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa, Mohamad Darimi Rosly, 23, parah pada kepala maut selepas enam jam mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke pusat bandar dirempuh kereta waja yang bergerak memasuki simpang Balai Polis Bercham.
"Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.32 malam ketika mendapatkan rawatan sebelum mayatnya dipindahkan ke Unit Forensik untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya.
Difahamkan, ketika kejadian keadaan jalan lurus berbukit dan basah. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments:
Post a Comment