GEORGETOWN - Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai
terjatuh dari sebuah rumah di Fortune Court, Air Itam di sini awal pagi
tadi.
Mayat wanita yang dikenali sebagai Juwariah Syarpii, 30, ditemui
terbaring berlumuran darah oleh penduduk di kawasan berkenaan kira-kira
jam 7 pagi.
Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu baharu
sahaja dihantar oleh bekas majikannya ke rumah ejen yang terletak di
tingkat lima perumahan berkenaan petang semalam.
Orang awam yang menemui mayat mangsa segera menghubungi polis
memaklumkan kejadian itu.
Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami
kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua belah kakinya patah.
Pasukan perubatan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) juga dikejarkan ke
tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa.
Menurut sumber, visa kerja wanita berkenaan juga dikatakan telah tamat
tempoh hampir setahun lalu dan akan dihantar pulang ke negara asalnya
tidak lama lagi.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan
Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibawa
ke HPP untuk dibedah siasat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment