Blogroll

Monday, April 14, 2014

Kaki bayi hanyut

Melaka: Hajat seorang suri rumah membersihkan longkang di depan rumahnya terbantut selepas menemui mayat bayi yang sudah reput di Kampung Limbongan jam 5.45 petang kelmarin.

Suri rumah itu, Julita Jost, 28, berkata dia mulanya menyangkakan objek tersangkut di dalam longkang di depan rumahnya itu bangkai ayam atau sampah-sarap.

“Saya menyedari longkang di bahagian depan rumah tersumbat lalu mengambil keputusan membersihkannya kerana menyangka aliran air terhalang dengan sampah-sarap kerana baru lepas hujan.

“Ketika mengorek menggunakan penyodok longkang, saya terkejut melihat kaki kecil hanyut lalu memanggil jiran memaklumkan perkara itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.
FotoKEADAAN mayat bayi yang reput dijumpai di dalam longkang.

Menurutnya, dia kemudian meminta suaminya Suhaizam Mohd Nor, 30, membuka penutup longkang untuk melihat objek yang dihanyut dan tersangkut di dalam longkang di depan rumahnya itu.

Kata Julita, sebaik penutup longkang itu dialihkan, mereka terkejut melihat sekujur bayi dalam keadaan tertiarap lalu segera menghubungi polis memaklumkan perkara itu.

Sementara itu Suhaizam yakin mayat bayi itu dihanyutkan air selepas hujan lebat pada malam sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment