OHOR BAHRU - Seorang doktor berdepan detik cemas apabila disamun empat
lelaki yang menaiki tiga motosikal di hadapan sebuah bank di Jalan
Harimau Tarom, di sini semalam.
Mangsa berusia 51 tahun yang mengalami kerugian RM170,000 itu didatangi
suspek dari arah belakang sekitar jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman
Salleh berkata, suspek telah mengacukan pisau dan meminta mangsa
menyerahkan barang berharga.
“Mangsa telah menyerahkan barang berharga miliknya iaitu wang tunai
RM2,500 dan S$100, kad pengenalan, kad bank dan kad kredit, jam tangan
jenis Tag Heuer dan serangkai kunci.
“Salah seorang suspek juga telah membawa lari kereta pengadu iaitu
jenis Audi TT dan kemudian melarikan diri,” katanya dalam satu
kenyataan, di sini semalam.
Sulaiman berkata, mangsa segera membuat laporan polis berhubung
kejadian dan suspek dipercayai menggunakan motosikal jenis Kawasaki Kips
berdasarkan maklumat diterima.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan dlm kejadian ini. Kes disiasat di
bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Singapura yang
cuba membunuh diri dengan membakar dirinya menggunakan minyak petrol
dalam kejadian 12 April lalu, meninggal dunia akibat kelmarin.
Sulaiman Salleh berkata, mangsa meninggal dunia pada jam 10.27 malam di
Hospital Sultanah Aminah, di sini.
“Mangsa maut selepas mengalami kesan terbakar di 90 peratus badannya
dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lelaki warga Singapura berusia 42 tahun
didakwa menyimbah dirinya dengan minyak dan membakar diri menggunakan
pemetik api sebelum tidak sedarkan diri akibat terjatuh ke dalam
longkang dalam kejadian di Taman Century, 12 April lalu.
Mangsa sebelum itu mengisi minyak di stesen minyak di Jalan Harimau
Tarom, di sini, menggunakan tong empat liter yang diambil di stesen
terbabit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment