Kuala Lumpur: Seorang jururawat sebuah pusat perubatan swasta
diberkas polis selepas dipercayai menjadi ‘keldai dadah’ selain turut
bersubahat melakukan aktiviti penyeludupan dadah syabu didalangi lelaki
Afrika.
Wanita tempatan berusia 27 tahun itu turut dipercayai menjalin
hubungan cinta dengan seorang ketua sindiket itu yang giat menjalankan
aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.
Kegiatan itu
bagaimanapun berjaya ditumpaskan selepas pihak polis memberkas lima
lelaki warga Nigeria dan seorang lelaki warga Republic Sierra Leone
Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua suspek ditahan di
beberapa lokasi di Damansara, Petaling Jaya, Sri Petaling, Gombak dan
Cyberjaya.
Menurutnya, ketua sindiket berusia 30 tahun itu
ditahan bersama seorang wanita tempatan di sebuah kondominium di Sri
Petaling, di sini.
“Suspek lelaki terbabit dikenal pasti sebagai
perancang utama sindiket pengedaran syabu yang aktif sejak beberapa
bulan lalu.
“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 10.9kilogram dadah syabu
bernilai RM2.18 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.
Noor Rashid berkata, semua lelaki yang ditahan itu didapati menggunakan
pas pelajar untuk berada di negara ini.
“Mereka dipercayai turut
menjadikan wanita tempatan sebagai `keldai dadah’ bagi membantu mereka
menjual atau menyeludup dadah berkenaan ke luar negara.
“Modus
operandi sindiket ini menggunakan penghantaran kargo udara untuk
menyeludup bekalan dadah dari Nigeria.
Polis tidak menolak
kemungkinan sindiket ini menjadikan Malaysia sebagai negara transit
sebelum menyeludup dadah ke negara lain,” katanya.
Beliau
berkata, polis akan terus melakukan siasatan dan meningkatkan operasi
bagi membanteras sebarang aktiviti pengedaran serta penyeludupan dadah
ke negara ini.
“Semua suspek terbabit kini ditahan reman selama
tujuh hari.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbaya
1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit
kesalahan,” katanya.
Monday, April 14, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment