Blogroll

Monday, April 14, 2014

Tagih janji 19 tahun

Kuala Lumpur: “Bukan setahun dua, tapi 19 tahun saya tunggu mereka tunaikan janji, namun apa pun tak ada. Dengan keadaan kaki palsu saya sekarang, sudah tentu saya harapkan sumbangan itu,” kata Abdul Kadir Hamid, 71.

Abdul Kadir menyatakan kekesalan terhadap bekas majikannya yang pernah berjanji memberi sumbangan untuk meringankan bebannya selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Jun 1995.

Menurutnya, kemalangan itu dialami ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 7 malam selepas selesai bertugas sebagai Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) di Balai Polis Dang Wangi menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras paha.

Menerima pencen RM655 sebulan hasil berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dia akui wang itu cukup untuk membiayai makan minumnya, tapi bukan perbelanjaan untuk menguruskan kaki palsu yang dipakai hampir setiap masa.
FotoABDUL Kadir menunjukkan kaki palsu yang sudah uzur.

“Selepas kemalangan itu, saya berulang kali bertanya mengenai sumbangan berkenaan kerana membiayai kos kaki palsu bukannya murah. Mereka kata ‘sedang uruskan’ tapi dah 19 tahun takkanlah masih uruskan.

“MBPJ memang sediakan peruntukan kaki palsu baru melalui permohonan setiap tiga tahun, tapi tak boleh bertahan sehingga tiga tahun,” katanya.

“Sekarang baru setahun setengah sejak kali terakhir ditukar, tapi tapaknya sudah pun berlubang,” katanya.

Jelas Abdul Kadir, dengan wang pencen itu juga dia membayar sewa rumah RM124 kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setiap bulan.

Ditanya mengenai isteri dan anak, Abdul Kadir berkata, dia kini tinggal sendirian di rumah pangsa Sri Pahang selepas berpisah dengan isteri pada 2001 dan semua empat anaknya juga sudah mempunyai keluarga sendiri.

0 comments:

Post a Comment