SHAH ALAM – [VIDEO]
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengumumkan
tarikh pemberhentian catuan air di seluruh Selangor dalam masa terdekat.
Menurutnya, keputusan bakal diambil secepat mungkin ekoran kenaikan
paras air di empangan.
“Kenaikan air di empangan mula meningkat. Saya akan mengadakan
perjumpaan sama ada Jumaat ini atau Isnin depan untuk menetapkan tarikh
pemberhentian catuan air. Lagi cepat lagi baik,” katanya ketika ditemui
pemberita di lobi Dewan Annexe, hari ini.
Abdul Khalid berkata laporan peningkatan air itu diterima daripada
Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan akan dipantau dari semasa ke
semasa.
“Laporan itu dari Luas. Saya akan memantau dari sehari ke sehari,”
katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menegaskan tidak akan berganjak daripada
meneruskan pelan catuan air berjadual di beberapa kawasan selagi keadaan
paras air di empangan masih belum memuaskan.
Menurut Abdul Khalid, keputusan tidak akan diubah sehingga musim hujan
dan peratus takungan air di empangan melebihi 65 hingga 70 peratus.
Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lalu melibatkan enam daerah iaitu
Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan
Hulu Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment