Kajian
Penyakit Batu Karang
Daripada kajian
Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital
Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga
Malaysia
mengidap batu karang setiap tahun. Ini
bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam
tahun 2005
sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang
telah di HUSM.
Penyakit batu karang
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Batu
Karang Dalam Ginjal
ii. Batu Karang Dalam Hempedu
Batu Karang
Dalam Ginjal
Batu yang
terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk
daripada beberapa jenis bahan kimia melalui
pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat, Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine
dan Magnesium
Pospat Ammonia. Saiz
batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar
bola golf. Ia
terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke
dalam saluran kencing dan membesar di situ. Kesulitan
akan timbul apabila batu-batu ini menjadi
terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air
kencing. Kuman-kuman
akan merebak di sini dan
menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Tanda-Tanda
Batu Karang Dalam Ginjal
1. Rasa pedih
ketika kencing
2. Rasa loya (mual)
& muntah tanpa sebab
3. Rasa seperti
pasir berada dalam badan
4. Air kencing
kotor & berbau busuk
5. Rasa sakit di
kawasan pinggang
6. Rasa sakit pada
alat sulit
Rawatan Batu
Karang Dalam Ginjal
1. Peringkat
Awal - Perubatan
Biasa
2. Peringkat
Kedua - Pembedahan
/ Lithotritpsy
3. Peringkat
Serius - Dialisis
/ Pemindahan Buah Pinggang
Kesan
Pemecahan Batu Karang
Bidang perubatan
boleh menghancurkan batu karang, tetepi serpihannya
akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat
ketika hendak keluar melalui saluran kencing. Jika batu itu tersekat,
pembedahan
terpaksa dilakukan.
Kesan
Pemindahan Buah Pinggang
Secara teori,
pemindahan buah pinggang nampak mudah iaitu dengan
manggantikan buah pinggang lama dengan yang
baru. Namun masalah akan timbul jika tubuh pesakit tidak serasi dengan
buah pinggang yang baru.
Batu Karang
Dalam Hempedu
Cholelithiasis atau
batu karang dalam pundi hempedu semakin menular
dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak
seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan
parasit
juga menjadi penyebab penyakit ini.
Tanda-Tanda
Batu Karang Dalam Hempedu
1. Sakit/kembung
dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila
ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di
hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya &
muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak
bermaya
6. Kurang selera
makan
7. Demam
* Tanda-tanda
ini kerap berlaku selepas beberapa jam memakan
makanan berminyak
Kesan-Kesan
Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati
& Pankreas
2. Hepatitis B
(demam kuning)
3. Kematian
Rawatan Batu
Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang
pundi
0 comments:
Post a Comment